Archive for Disember 4, 2009


Kekecualian Hukum D-M…?

Hukum D-M diguna pakai ketika kita membentuk kata majmuk khususnya frasa nama. D bermaksud ‘diterangkan’ iaitu unsur inti (benda) kemudian M bermaksud ‘menerangkan’ merupakan unsur penerang atau sifat sesuatu benda itu.

FRASA NAMA

DITERANGKAN (INTI)

MENERANGKAN (PENERANG/ADJEKTIF)

askar

kain

Cikgu

Klinik

garam

pencen

buruk

Bahasa

Azim

kasar

  • Ringkasnya penggunaan susunan unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan di atas adalah tidak gramatis, antaranya seperti:-
  1. Aliza Restoran
  2. Polis Kadet
  3. Ariesya Klinik
  4. goreng pisang

Walau bagaimanapun, terdapat juga kes kekecualian bagi peraturan D-M, iaitu sifat /penerang mendahului unsur inti/ benda yang diterang. Hal ini demikian berpunca daripada sudah terlalu biasa penggunaannya, terutamanya pada nama-nama jawatan. Antara contohnya ialah:-

  • perdana menteri
  • naib presiden
  • timbalan pengerusi
  • ibu pejabat
  • naib yang dipertua

Unsur inti dalam frasa nama di atas ialah menteri, presiden, pengerusi, pejabat dan yang dipertua (sepatutnya berada di depan atau disebut dahulu).

Rukun Islam yang lima merupakan asas bagi keislaman seseorang. Tidaklah sempurna keislaman itu selagi rukun-rukun ini diabaikan.

Antara Rukun Islam yang lima itu ialah:-

  1. Mengucap dua kalimah syahadat
  2. Mendirikan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa sebulan pada bulan Ramadan
  4. Menunaikan zakat
  5. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi yang berupaya

Penulis mengingatkan diri dan para pembaca agar dalam kesibukan kita melayari kehidupan seharian, janganlah sekali-kali mengabaikan Rukun Islam, apatah lagi ada sesetengah antara kita yang tergaru-garu kepala apabila diminta menyebut Rukun Islam.

Masya-Allah, …?

Malaysia kini boleh berbangga kerana mempunyai aset persenjataan darat yang moden dan berkeupayaan tinggi.