Archive for Disember 8, 2009


Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.  ( 6 markah )

(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?

Jawapan:

  • Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara?
  • Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya?

(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

Jawapan:

  • Pendebat itu petah berhujah.
  • Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan.

(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

Jawapan:

  • Siswazah berpandangan jauh.
  • Siswazah itu tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.  ( 6 markah )

(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.

Jawapan:

  • Beberapa buah buku masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahun 2000 hingga 2006.

(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

Jawapan:

  • Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang.

(iii) Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

Jawapan:

  • Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.