Persiapan agak terhad kerana masa yang tidak begitu mengizinkan. Pemain hoki tingkatan 5 selesai menduduki SPM pada 8 Disember, ditambah pula dengan musim hujan yang memanjang menyebabkan rancangan latihan terpaksa ditunda. Persiapan yang hanya 2 hari ini agak memenatkan terutama pada diri penulis sendiri yang terpaksa mengendalikan latihan untuk 4 pasukan berseorangan, ditambah pula dengan kerja-kerja pengurusan pasukan seperti urusan surat-menyurat, pengurusan asrama dan makanan pemain dan macam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah semuanya berjalan agak lancar dan pasukan Farisian akan bertolak ke Pulau Mutiara tepat jam 10 pagi, 10 Disember dan akan menginap di asrama SM. Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam.

Selamat berjuang.

Advertisements