Kejohanan Hoki USM-Penang International 2009

Gelugor, 11 Disember:- Faris Petra Red (Bawah 15 lelaki) akan menentang pasukan PFS USM Azure jam 3.00 petang di padang E dan perlawanan kedua menentang Setapak High A pada jam 6.00 petang di padang C.

Kerana pihak penganjur kejohanan ingin mencipta rekod dunia dalam penganjuran kejohanan hoki 24 jam tanpa henti, maka semua pasukan bawah 18 lelaki dan perempuan terpaksa menempuh satu pengalaman baru iaitu terpaksa bermain pada waktu malam sehingga pagi, bermula jam 7.00 petang hingga jam 5.00 pagi.

Pasukan perempuan bawah 18 tahun SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra (Faris Petra Yellow) terpaksa bersengkang mata menghadapi pasukan lawan pada pukul 12.15 pagi (melawan Batang Padang 1), 2.15 pagi menentang Srikandi dan pukul 4.00 pagi menentang NSWHA A.

Pasukan lelaki bawah 18 tahun SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra (Faris Petra Green) jam 7.15 petang menentang Garuda Pheonix, jam 11.15 malam menentang Sek. Sukan Bandar Penawar (SSBP) dan sebelum itu terpaksa menghadapi tentangan pasukan SERATAS VENOM pada jam 10.15 malam.

Satu lagi pasukan lelaki bawah 18 tahun SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra (Faris Petra Blue) juga bermain pada waktu malam. Mereka akan menentang SMKPP pada pukul 7.00 petang, menentang SAS Fighter pada jam 9.00 malam dan menentang PSU JR pada pukul 11.00 malam. Semua perlawanan hoki kategori 18 tahun akan berlangsung di Turf dan stadium 1.

Selamat berjuang.


Advertisements