Archive for Disember 13, 2009


Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. ( 6 markah )

(i) Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.

Jawapan:

  • Kita akan memikul tugas mengisi kemerdekaan negara bersama-sama.

(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.

Jawapan:

  • Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.

(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara bergotong-royong pada minggu lepas.

Jawapan:

  • Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara bergotong-royong pada minggu lepas.

GELUGOR, 12 Disember, 2009:- Misi pasukan hoki SM. Sains Tengku Muhamad Faris Petra (Faris), Kelantan tersekat di tengah jalan pada kejohanan edisi 2009 kerana beberapa faktor. Selain semua pasukan Faris diundi bersama-sama pasukan pilihan, faktor kecederaan dan terpaksa menempuh susunan jadual yang luar biasa juga menjadi penyebab utama.

Pasukan lelaki bawah 18 lelaki ( Faris Petra Blue) walaupun berjaya keluar sebagai johan kumpulan pada pusingan pertama dengan menumbangkan pasukan hoki SMKPP dengan jaringan 1 – 0, pasukan SAS Fighter dengan jaringan yang sama, serta berjaya menumbangkan pasukan PSU JR dengan jumlah jaringan yang agak besar 3 – 1. Dalam perlawanan ke-3 ini, ketua pasukan Faris Petra B telah mendapat cedera di atas mata kanan dan mendapat 4 jahitan kerana terkena bola pukulan sudut lawan.

Jadual luar biasa yang terpaksa ditempuh oleh pasukan Faris Petra Blue misalnya, perlawanan pertama pada pukul 7.00 petang, perlawanan ke-2 pada pukul 9.00 malam dan perlawanan ke-3 pada pukul 11.00 malam. Selepas menjuarai kumpulan C, Faris Petra Blue terpaksa meneruskan perjuangan di pusingan kedua tanpa kelibat ketua pasukan kerana tercedera pada pukul 5.00 pagi.

Walaupun mempunyai peluang yang banyak, namun akhirnya nasib tidak memihak kepada pasukan Faris Petra Blue dan terpaksa tunduk dengan kekalahan tipis kepada pasukan pilihan KL City Boys dengan jaringan 0 – 1.

Begitu juga pasukan Faris Petra Green, setelah keluar sebagai naib juara kumpulan D, akhirnya disekat oleh kelincahan pasukan pilihan Andersonian di pusingan kedua pada jam 5.15 pagi.

Sebelum itu pasukan Faris Petra Green yang dibarisi oleh pemain tingkatan 4 berjaya menundukkan Garuda Pheonix dengan jaringan 3 – 0, seri 0 – 0 dengan pasukan SERATAS VENOM dan kecundang dengan pasukan dari Sekolah Sukan Bandar Penawar 0 – 3.

Penulis sebagai jurulatih pasukan, terpaksa menempuh pengalaman yang amat sukar kerana terpaksa mengharungi masa hampir 24 jam tanpa tidur dan rehat bagi menguruskan 4 pasukan yang bertanding bermula jam 3.30 petang hinggalah 5.15 pagi di padang-padang yang berlainan.

Tidur-tidur ayam di tepi padang, di koridor masjid, di bawah pokok dan di atas meja kafetaria menjadi igauan yang sangat meletihkan.

Tahniah Farisian, anda hebat…?