Archive for Disember 14, 2009


Bola sepak: tahniah Malaysia…?

Pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menang bergaya ke atas Laos dalam perlawanan yang mendebarkan semalam.

Jaringan 3 – 1 telah berjaya menutup mulut celupar para pengkritik sukan yang rata-rata memandang sinis kejayaan membenam pasukan pilihan, Thailand di pusingan awal baru-baru ini.

Walaupun ditekan hebat pada separuh masa kedua dan berjaya diikat 1 – 1 beberapa ketika, pemain Malaysia telah menunjukkan semangat melawan yang tinggi dan mereka memang layak untuk dikalungkan ucapan tahniah.

Malaysia akan berhadapan sekali lagi dengan Vietnam di perlawanan akhir setelah kalah 1 -3 dalam perlawanan yang penuh dengan kontroversi itu.

Penulis, tahniah untuk anak-anak muda yang bersemangat waja…?

Tahniah ... pemain Malaysia...?

Pendahuluan: ( 2 markah )

  • Petikan membincangkan: kebaikan/faedah/kelebihan/keistimewaan/mustahak/manfaat tidur dari segi santifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.

Isi Tersurat:- ( 12 markah : 6 isi )

Kebaikan tidur dari segi saintifik…..

  1. Melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam tubuh.
  2. Mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar.
  3. Menolong dalam memelihara daya ingatan seseorang.
  4. Proses menyimpan maklumat di dalam otak berlaku.
  5. Tidur dapat memantapkan sistem ketahanan badan manusia.
  6. Memulihkan pusingan biologi dalam badan.
  7. Dapat menyegarkan tubuh serta meningkatkan produktiviti.
  8. Berjaya mengurangkan risiko diserang sakit jantung.
  9. Unsur penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.

Isi Tersirat (T):- ( 4 markah: 2 isi )

Kaedah mengatasi masalah sukar tidur ialah:-

  1. Menjauhi bahan perangsang seperti minuman berkafien seperti kopi.
  2. Senaman.
  3. Mandi sebelum tidur.
  4. Mengelakkan daripada runsing/melapangkan fikiran/tenangkan fikiran.
  5. Jadual tidur yang sesuai.
  6. Membaca bahan bacaan yang sesuai.
  7. Suasana yang nyaman di bilik tidur.
  8. Makanan yang seimbang/minum susu panas/makan ubat.
  9. Mendapat khidmat doktor/pakar/rawatan/terapi/kaunseling.

Kesimpulan:- ( 2 markah: 2 unsur )

  • Kesimpulannya, setiap individu haruslah mendapat tidur yang cukup agar hidup lebih bermakna.