Pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menang bergaya ke atas Laos dalam perlawanan yang mendebarkan semalam.

Jaringan 3 – 1 telah berjaya menutup mulut celupar para pengkritik sukan yang rata-rata memandang sinis kejayaan membenam pasukan pilihan, Thailand di pusingan awal baru-baru ini.

Walaupun ditekan hebat pada separuh masa kedua dan berjaya diikat 1 – 1 beberapa ketika, pemain Malaysia telah menunjukkan semangat melawan yang tinggi dan mereka memang layak untuk dikalungkan ucapan tahniah.

Malaysia akan berhadapan sekali lagi dengan Vietnam di perlawanan akhir setelah kalah 1 -3 dalam perlawanan yang penuh dengan kontroversi itu.

Penulis, tahniah untuk anak-anak muda yang bersemangat waja…?

Tahniah ... pemain Malaysia...?

Advertisements