Terdapat banyak kata dalam bahasa Melayu yang hampir sama dari segi ejaan dan sebutannya walaupun dari segi maknanya amat berbeza sekali. Jika tidak diberikan perhatian yang betul-betul, sudah pasti akan berlaku kesilapan apabila menggunakannya.

Dalam peperiksaan SPM, biasanya calon-calon diminta membina ayat-ayat menggunakan perkataan-perkataan jenis ini. Misalnya perkataan:-

  • seluruh dengan seloroh
  • tembuk dengan tembok
  • lulus dengan lolos
  • tunggak dengan tonggak
  • kerap dengan kerak
  • agung dengan agong
  • rasmi dengan resmi dan lain-lain lagi.

Kita bincang satu-persatu…

  • seluruh dengan seloroh
  1. seluruh maksudnya semua/segala > Seluruh penduduk kampung berkumpul di depan balai raya.
  2. seloroh pula bermaksud gurauan/olok-olok/lucu/lawak > Mereka ketawa besar apabila mendengar seloroh itu.
  • tembuk dengan tembok
  1. tembuk maksudnya berlubang/tembus > Giginya tembuk dimakan ulat.
  2. tembok pula bermaksud dinding konkrit > Tembok batu itu runtuh akibat gempa bumi yang kuat.
  • lulus dengan lolos
  1. lulus maksudnya berjaya/tidak gagal/berhasil > Dia lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM itu.
  2. lolos pula bermaksud lepas lari/terlepas dari kurungan > Tembok penjara itu akan cuba saya lolos pada malam ini.
  • tunggak dengan tonggak
  1. tunggak maksudnya kerja yang belum beres (bayaran, hutang, ansuran)  > Hutang jangan dibiar tunggak hingga hujung bulan ini.
  2. tonggak pula bermaksud pokok/asas/tulang belakang/penting  > Ayah menjadi tonggak keluarga kami.
  • kerap dengan kerak
  1. kerap maksudnya acap kali/sering/biasa/berulang  > Dia kerap balik lambat.
  2. kerak pula bermaksud lapisan yang keras/lapisan nasi yang keras  > Emak mengambil kerak nasi lalu diberikannya kepada ayam.
  • agung dengan agong
  1. agung maksudnya besar/utama/paling/tinggi/terkenal  > Seniman agung itu kini hidup mewah.
  2. agong pula bermaksud jawatan tertinggi/gelaran ketua negara  > Yang di-Pertuan Agong berangkat mencemar duli ke majlis itu.
  • rasmi dengan resmi
  1. rasmi maksudnya bersifat rasmi/disahkan/diisytiharkan  > Pakaian rasmi sekolah ialah baju kurung berwarna putih.
  2. resmi pula bermaksud kebiasaan/resam/semula jadi/sifat khas  > Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
Advertisements