Gèdebe ialah kata dialek Kelantan yang bermaksud samseng, degil, sombong, berani atau tak makan saman. Gèdeber juga membawa maksud kendur atau kecut. contoh, kulit mukanya sudah gèdeber (kecut) kerana usia lanjut. Cuba teliti pula ayat di bawah:

  • Guano mu gèdebe berdooh? Mu nak tra numbuk aku? Maksudnya:
  • Kenapa kamu samseng sangat? Kamu nak rasa penumbuk aku?

Jèleber atau jèlebe pula bermaksud selekeh atau cara berpakaian yang tidak kemas atau tidak sedap mata memandang. Jèleber juga boleh membawa maksud kusut-masai atau tidak sempurna. Lihat ayat di bawah:

  • Pakayemu bakpo nampak jèleber? Maksudnya:
  • Pakaian kamu kenapa nampak tidak kemas/terurus?

Bèleber/bèlebe pula digunakan untuk menjelaskan perbuatan orang suka berleter, memaki hamun, bercakap banyak, seperti murai tercabut ekor. Orang Kelantan sering juga menggunakan kata ngepek bagi menggantikan kata tersebut. Lihat ayat di bawah:

  • Cepatlah balik, kalu mu tak sir dengar mak bèleber gak! Maksudnya:
  • Cepatlah balik, jika kamu tidak mahu mendengar leteran emak!

Advertisements