Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3c: Mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan. (6 markah)

(i) Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.

  • kafetaria  > kafeteria
  • persediaan  > penyediaan/menyediakan

(ii) Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.

  • losyen  > losen
  • melembuti  > melembutkan

(iii) Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.

  • eletronik  > elektronik
  • pelajaran  > pembelajaran/pemelajaran

3d: Mengesan kesalahan kata dan tatabahasa. (6 markah)

(i) Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.

  • besar  > serius/kritikal/tinggi
  • di dalam  > dalam

(ii) Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.

  • lengkap  > seimbang
  • supaya  > bagi/untuk

(iii) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.

  • pada  > kepada/terhadap
  • silap laku  > salah laku/salah
Advertisements