Archive for Disember 19, 2009


Malaysia dikatakan berjaya mencapai sasaran walaupun sebenarnya terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat di belakang Thailand, Vietnam, dan Indonesia jika dikira dari segi pungutan pingat.

Alasan ini disokong oleh beberapa faktor seperti kejohanan pada kali ini, beberapa acara yang menjadi kelebihan negara misalnya bowling padang, hoki, skuasy, bowling dan lain-lain tidak dipertandingkan.

Namun pada penulis, kita sepatutnya lebih realistik sekiranya mahu membuat perbandingan. Kalah tetap kalah, kenapakah acara sukan seperti lumba basikal, badminton lelaki, sepak takraw, memanah dan olahraga kita kecundang. Itu yang perlu dikaji, bukannya cuba mencari pelbagai alasan sebagai menutup kelemahan yang ada.

Kontinjen Malaysia pada kali ini mungkin bernasib baik kerana diselamatkan oleh kejayaan pasukan bola sepak menggondol emas setelah menunggu selama hampir 20 tahun. kejayaan pasukan bola sepak seolah-olah menjadi penyelamat! Peminat hampir tidak mempedulikan langsung kejayaan atau kegagalan acara sukan lain kerana terlalu teruja dengan kemenangan pasukan bola sepak kita. Ada sesetengah orang berkata, kemenangan pasukan bola sepak menentang Vietnam itu seperti kita telah menjuarai kejohanan Sukan SEA XXV Laos 2009…?

Kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan itu sepatutnya diukur berdasarkan kesemua aspek seperti atlet, jurulatih, pihak pengurusan, duit rakyat yang telah dilabur, jangka masa persiapan dan jangkaan pada masa hadapan.


Dimensions
  • Side slide with tilting screen
  • Dimensions: 113 x 52.5 x 14.2 mm
  • Weight (with battery): 138 g
  • Volume: 75 cc
  • Additional size and shape information: Sliding tilt mechanism
Keys and Input Methods
  • Full slide-out keyboard
  • Cover keys (S60 keys, Menu key, Send/End keys, Clear key)
  • Touch screen
  • Arrow keys
  • Dedicated camera and volume keys
Display and User Interface
  • Size: 3.2″
  • Resolution: 640 x 360 pixels (QVGA)
  • Up to 16.7 million colours
  • Resistive touch screen
  • Brightness control
  • Orientation sensor
  • Proximity sensor
  • Ambient light detector
Colours
  • Available colours:
    • Cherry Black
    • Garnet
Personlisation
  • Customisable homescreen:
    • Widgets
    • Themes
    • Icons
    • Shortcuts
    • Menu
  • Customisable profiles
  • Ring tones: mp3, AAC, eAAC, eAAC+, WMA
  • Video ring tones
  • Themes
    • wallpapers
    • screensavers
    • ring tones
    • pre-installed themes
    • changeable colour themes

Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam pada 18 Disember 2009 bersamaan dengan 1 Muharam 1431H kepada semua pengunjung blog ini, semoga pada tahun ini kita sama-sama dapat memperbaharu tekad dan iltizam untuk menjadi manusia yang lebih sempurna di sisi-Nya.

Berkebetulan pada hari 18 Disember 2009 itu juga merupakan hari lahir anak kedua penulis iaitu Nur Anis Hanim, jadi penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir untuknya, semoga lebih tabah mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Selamat tahun baru Hijrah 1431 dan selamat hari lahir yang ke-19 buat Anis…?


Soalan 4: Novel ( 15 markah )

(a) Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [7 markah]

Jawapan:-

Ketabahan hidup sebagai anak yatim piatu.

  • Walaupun menumpang di rumah Joyah, Aziz tabah dan tidak menyusahkan makciknya itu dengan cuba hidup berdikari.
  • Aziz tabah menempuh hidup dalam zaman perang. Walaupun masih kanak-kanak, dia sanggup mencari rezeki dengan mengambil upah membeli todi dan mencari makanan di kubu lama.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel.  [8 markah]

Jawapan:-

Kasih sayang antara ayah dengan anak. (Di Hadapan Pulau)

  • Ayah Aziz sering mengusap-usap, menggomol dan mencium Aziz ketika balik daripada kerja dan memberi nasihat agar Aziz sentiasa berikhtiar.

Kasih sayang terhadap negara. (Putera Gunung Tahan)

  • Ratu Bongsu menolak tawaran lumayan Tuan William untuk membeli puncak Gunung Tahan kerana sayang akan tanah airnya.