Soalan 4: Novel ( 15 markah )

(a) Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [7 markah]

Jawapan:-

Ketabahan hidup sebagai anak yatim piatu.

  • Walaupun menumpang di rumah Joyah, Aziz tabah dan tidak menyusahkan makciknya itu dengan cuba hidup berdikari.
  • Aziz tabah menempuh hidup dalam zaman perang. Walaupun masih kanak-kanak, dia sanggup mencari rezeki dengan mengambil upah membeli todi dan mencari makanan di kubu lama.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel.  [8 markah]

Jawapan:-

Kasih sayang antara ayah dengan anak. (Di Hadapan Pulau)

  • Ayah Aziz sering mengusap-usap, menggomol dan mencium Aziz ketika balik daripada kerja dan memberi nasihat agar Aziz sentiasa berikhtiar.

Kasih sayang terhadap negara. (Putera Gunung Tahan)

  • Ratu Bongsu menolak tawaran lumayan Tuan William untuk membeli puncak Gunung Tahan kerana sayang akan tanah airnya.
Advertisements