Mari kita mengenali beberapa kata atau istilah bahasa Arab yang sering digunakan orang dalam penulisan.

Antaranya ialah tawajuh. maksud kata tawajuh yakni kata kerja ini ialah penumpuan dari segi akal dan fikiran terhadap sesuatu, contohnya kepada Allah. Contoh ayat:-

  • Ketika mengerjakan ibadat sembahyang, kita diingatkan agar benar-benar tawajuh kepada Allah.

Kata lain yang hampir sama ialah:-

  • tawaduk  > merendah diri, tidak angkuh.
  • tawaf  > perbuatan mengelilingi kaabah.
  • tawakal  > berserah kepada Tuhan.
  • tawaruk  > cara duduk
  • taubat  > sesal akan dosa yang dilakukan.
  • taufah  > lalai, alpa, cuai.
Advertisements