|
|
|
|
Perkara ini nampak biasa sahaja. Sesetengah orang, apabila didapati ada semut di dalam air minumannya, diceduk dengan sudu lalu dibuang begitu sahaja. Sesetengahnya pula langsung tidak diminum air itu kerana katanya najis dan haram diminum! Bagaimana dengan pembaca sekalian?
Menurut buku Asas-asas Fardu Ain oleh Ustaz Sulaiman Endut, jika bangkai serangga yang tidak mengalir darahnya seperti lalat, semut, lipas dan sebagainya jatuh ke dalam bahan makanan atau minuman, tidaklah najis bahan makanan tersebut kecuali jika berubah rasa, bau atau warnanya walaupun sedikit.
Ringkasnya, tidak menjadi masalah untuk kita memakan atau meminum bahan makanan atau minuman tersebut selagi bangkai serangga itu tidak mengubah bentuk asal bahan tersebut.