Archive for Disember 23, 2009


Seramai 6,600 orang pelajar daripada 48,171 orang calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2009  ditawarkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh di seluruh negara pada 2010. Jumlah ini merupakan 13.7% daripada mereka yang layak iaitu mendapat kesemua A dalam 5 subjek yang diambil.

Pelajar-pelajar terpilih ini akan meneruskan pengajian mereka di tingkatan satu sekolah berasrama penuh bermula pada 11 Januari 2010.

Seramai 517,908 orang calon yang menduduki UPSR pada tahun ini dan daripada jumlah itu 48,171 orang memperoleh semua A dalam setiap subjek. .

Calon-calon UPSR yang mendapat 5A dalam peperiksaan yang lepas boleh menyemak status kemasukan ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh bermula pagi ini dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my dan klik di bahagian berkenaan. Sila masukkan angka giliran anda.

Penulis, semoga berjaya.