Seramai 6,600 orang pelajar daripada 48,171 orang calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2009  ditawarkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh di seluruh negara pada 2010. Jumlah ini merupakan 13.7% daripada mereka yang layak iaitu mendapat kesemua A dalam 5 subjek yang diambil.

Pelajar-pelajar terpilih ini akan meneruskan pengajian mereka di tingkatan satu sekolah berasrama penuh bermula pada 11 Januari 2010.

Seramai 517,908 orang calon yang menduduki UPSR pada tahun ini dan daripada jumlah itu 48,171 orang memperoleh semua A dalam setiap subjek. .

Advertisements