Debaran telah berakhir. Penantian telahpun tiba pada noktahnya. Seramai 118 daripada 145 calon PMR SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu telah mendapat 8A bersamaan dengan 81.4%.

Empat subjek yang mendapat kelulusan A 100% ialah Matematik, Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Sejarah. Keputusan tahun ini sedikit meningkat berbanding tahun lepas iaitu 80.3%.

Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang termasuk anak penulis. Yang seronok lagi subjek Bahasa Melayu juga berjaya mencapai 100% lulus gred A. Tahniah untuk penulis …?

Bendera SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra

Advertisements