Archive for Disember 26, 2009


Tarikh 26 Disember merupakan tarikh yang tak mungkin dilupakan oleh sesiapa. 26 Disember 2004 telah berlaku bencana alam yang paling besar iaitu Tsunami yang telah membunuh lebih 230,000 umat manusia.

Tarikh 26 Disember 2009, iaitu hari ini berlaku pula kemalangan jalan raya yang mengerikan. Melibatkan sebuah bas 2 tingkat dekat Ipoh.

Keadaan bas yang hancur lebur...?

KUALA LUMPUR: Sani Express Sdn Bhd sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, awal pagi tadi bagi meringankan beban mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abu Bakar Mohammad, ketika dihubungi berkata sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khas untuk setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terbabit bagi tujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.


Katanya, bas dua tingkat milik syrikat itu yang membawa 48 penumpang berada dalam keadaan baik sebelum ia memulakan perjalanan dari Klang, Selangor, pada 9 malam tadi menuju ke Kuala Perlis, Perlis.

“Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 kilometer sejam dengan menggunakan alat khas ‘speed limiter’,” katanya.

Abu Bakar berkata, dengan menggunakan alat itu pemandu tidak boleh memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan atau mengubah alat terbabit untuk menambah kelajuan.

“Siasatan kami juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelum kemalangan adalah 91 km sejam,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil syarikat terhadap pemandu bas yang didakwa terlelap, beliau berkata tindakan susulan akan dibuat setelah laporan daripada polis berhubung punca sebenar kejadian diperolehi.

“Tindakan selepas ini bergantung kepada hasil siasatan polis. Jadi kena tunggu laporan (polis) itu dahulu,” katanya.

Abu Bakar berkata, operasi bas milik syarikat itu juga masih berjalan seperti biasa.

Dalam kejadian 1 pagi tadi, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Express maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas itu terbabas dan melanggar pengadang jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara. – Bernama

Perbandingan pencapaian PMR antara SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra dengan Sekolah Tun Fatimah ( Terbaik PMR Johor 2009).

ANALISIS PENCAPAIAN GRED A PMR 2009

PERBANDINGAN FARIS DENGAN STF

Bil

MATA PELAJARAN

GRED PURATA MATA PELAJARAN
SMS TG MUHD FARIS PETRA SEKOLAH TUN FATIMAH
1

Bahasa Melayu

1.00 (100% A) 1.01
2

Bahasa Inggeris

1.06 (94% A) 1.02
3

Sejarah

1.00 (100% A) 1.04
4

Geografi

1.03 (97% A) 1.03
5

Pendidikan Islam

1.09 (91% A) 1.00 (100% A)
6

Matematik

1.00 (100% A) 1.00 (100% A)
7

Sains

1.11 (90% A) 1.00 (100% A)
8

Kemahiran Hidup

1.00 (100% A) 1.01

Pagi 25 Disember 2009, penulis bersama-sama keluarga telah ke Kuala Terengganu kerana melawat anak sulung di UMT. Sebelum balik, penulis serta keluarga sempat meronda-ronda di bandar KT. Tempat terakhir yang sempat dikunjungi ialah Giant KT.

Pukul 5.00 petang penulis bertolak pulang ke Kota Bharu dan singgah di Padang Tembak, rumah ayah penulis lebih kurang pukul 7.30 petang. Selepas menyelesaikan  sembahyang jamak, lebih kurang pukul 9.30 malam, penulis bertolak pulang ke PCB.

Agak-agak setengah jam memanaskan kerusi di ruang tamu, penulis diberitahu bahawa Jimy telah mati kerana dilanggar motosikal jam 8.30 malam. Rasa terkejut dan menyesal tiba-tiba ….