Archive for Disember 27, 2009


Korban Tsunami 2004…?

Kira-kira 230,000 terbunuh di Asia dan Afrika ketika Tsunami 2004 berikutan gempa bumi di Lautan Hindi. Gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Richter di dasar laut itu mencetuskan gelombang besar yang mengorbankan nyawa di 13 buah negara.

Apa itu Tsunami?

Istilah �tsunami’ menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. �Tsunami� adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan kepada Inggeris, ia bermaksud �Harbor (�tsu�) wave (�nami�). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.

Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat dipantai Indinesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama – iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-bahaya tsunami.

Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup.

Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air �bertimbun� untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.

Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah �tidal wave� Ini telah digunakan kerena kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.

Menurut �Oceanographers� istilah penggunaan �tidal wave� adalah tidak tepat kerana tsunami-tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut dalam apapun. Turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan, di mana kemasukan dan keluar boleh diramal secara tepat. Tsunami merupakan satu phenomena yang jarang, yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan menyatakan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak-ombak raksasa.

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, kata adab bermaksud segala tingkah laku serta tutur kata yang halus, sopan, budi bahasa, budi pekerti yang luhur dan kesopanan.

Dalam Islam adab berpakaian amat dititikberatkan, namun disebabkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin cetek, maka wujudlah fenomena seperti hari ini; –

  • fesyen bertutup tetapi sendat
  • bertudung tetapi lengan dan ketiak terdedah
  • berjubah tetapi berbelah di sana-sini
  • berkelubung tetapi ekor rambut tersembul

Adab berpakaian dalam Islam ialah:-

  1. Menutup aurat;
  2. Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita atau sebaliknya;
  3. Sebaik-baik pakaian adalah mengikut sunah Rasulullah;
  4. Haram bagi lelaki yang memakai sutera dan emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya;
  5. Pakaian yang longgar;
  6. Memakai pakaian yang bersih;
  7. Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga-bunga;
  8. Tidak melepasi buku lali bagi lelaki;
  9. Bagi perempuan, hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumit dan melabuhkan tudungnya ke dada;
  10. Tidak memakai pakaian yang jarang dan menampakkan warna kulit.

Keputusan perlawanan yang berlangsung pada: 26 Disember 2009

  • Portsmouth Vs West Ham: 0 – 2
  • Everton Vs Sunderland: 1 – 1
  • Stoke City Vs Man. City: 0 – 2
  • Tottenham Hotspur Vs Fulham: 0 – 0
  • Chelsea Vs Birmingham: 0 – 0
  • Liverpool Vs Wolverhampton: 2 – 0
  • Burnley Vs Bolton: 1 – 1

Kedudukan mata terkini:


Team GP W D L Pts GF GA GD
Chelsea 19 13 3 3 42 43 15 28
Manchester United 18 12 1 5 37 37 17 20
Arsenal 17 11 2 4 35 44 20 24
Aston Villa 18 10 5 3 35 29 14 15
Tottenham 19 10 4 5 34 40 22 18
Manchester City 18 8 8 2 32 35 27 8
Liverpool 19 9 3 7 30 36 25 11
Birmingham City 19 8 5 6 29 19 18 1
Fulham 18 7 6 5 27 23 17 6
Sunderland 19 6 4 9 22 26 29 -3
Stoke City 18 5 6 7 21 15 22 -7
Blackburn 19 5 5 9 20 18 33 -15
Burnley 19 5 5 9 20 22 38 -16
Everton 18 4 7 7 19 24 32 -8
Wolverhampton 19 5 4 10 19 17 33 -16
Wigan Athletic FC 18 5 4 9 19 21 39 -18
West Ham United 19 4 6 9 18 28 35 -7
Bolton 17 4 5 8 17 24 34 -10
Hull City 18 4 5 9 17 17 37 -20
Portsmouth 19 4 2 13 14 17 28 -11