Faktor meningkatnya amalan rasuah dalam kalangan kakitangan awam:-
- Longgarnya pegangan atau integriti seseorang pegawai kerajaan.
- Perasaan tamak haloba untuk mendapatkan kesenangan hidup.
- Terhidangnya peluang yang terbuka luas.
- Penyalahgunaan kuasa melalui jawatan dan amanah yang dipegang.
- Kurangnya pemantauan dan kawalan daripada pihak pengurusan.
- Merosotnya penghayatan nilai-nilai agama dan etika.
- Wujudnya kelemahan dari segi undang-undang dan penguatkuasaan serta pelaksanaannya.
- Tekanan hidup serta perasaan ingin hidup mewah.
- Budaya kerja yang tidak ikhlas dan mementingkan diri.
- Kurangnya kesedaran betapa rasuah boleh menghancurkan diri, institusi dan negara.
- Semakin wujudnya persaingan dalam ekonomi.
- Amalan rasuah menjadi perkara biasa dalam kehidupan.
- Gaji kakitangan kerajaan yang lebih rendah berbanding sektor lain.
- Sistem pengurusan kewangan kerajaan yang longgar dan tidak telus.
- Kepimpinan melalui teladan; sesetengah pemimpin politik menonjolkan contoh yang negatif kepada golongan rakyat.