Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menekankan nilai-nilai budi dalam setiap aspek kehidupan. Mereka senantiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang merangkumi akhlak mulia.

Antara langkah melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat ialah:-

  • Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni untuk menyuburkan amalan mulia ini.
  • Amalan berterima kasih dan menghargai sumbangan perlu dihidupkan kembali.
  • Nilai kerjasama dan tolong-menolong wajar diterapkan kembali secara meluas.
  • Budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia perlu dijadikan amalan.
  • Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling bertanggungjawab mendidik generasi muda agar mengamalkan akhlak yang terpuji.
  • Pihak berwajib mesti memastikan bahawa wujud mekanisme bagi menapis dan menyaring media massa dari luar.
  • Pendidikan di sekolah perlu lebih menekankan aspek pengajaran agama yang relevan bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata.
  • Pihak berwajib juga perlu mengawal penyebaran maklumat yang berunsur negatif dalam talian internet.
About these ads