Archive for Disember 30, 2009


Al-Quran panduan hidupku…?


  • Ya Allah rahmatilah aku,
  • dengan ayat-ayat-Mu,
  • jadikan pemimpin, cahaya dan petunjuk jalanku,
  • sebagai tinta kasih-Mu.


  • Ya Allah, panggillah aku,
  • yang sering lupa,
  • ajarkan aku dengan ayat-ayat-Mu,
  • agar aku lebih tahu.


  • Gamitlah aku,
  • melagukan ayat-ayat-Mu,
  • malam dan siang,
  • jadikan aku insan yang dahaga….
  • ayat-ayat-Mu.

Ubah suai daripada Majalah I Mei 2009.



Mungkin ada antara kita yang berfikir kenapa ikan tidak menjadi masin walaupun kehidupannya dikelilingi oleh air laut. Lihat apakah yang terjadi jika kita gaulkan garam kunyit pada ikan, pasti ikan yang bakal digoreng itu menjadi masin.

Memang benar, ikan menggunakan air laut sebagai sumber minuman untuk keperluan hidup, namun makhluk ciptaan Tuhan ini memiliki keistimewaan iaitu boleh mengasingkan garam daripada air masin itu.

Hal ini berlaku kerana sistem perkumuhan sel klorida dikenali sebagai ioncytes yang terdapat pada insang yang bertindak mengepam keluar garam daripada badan ikan.


Ubah suai daripada Estidotmy Disember 2009.

Pokok lidah buaya memang tidak asing dengan masyarakat kita. Lidah buaya ataupun aloe vera sememangnya sinonim digunakan sebagai bahan utama dalam ramuan produk kecantikan.

Pokok lidah buaya sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan seperti menyembuhkan luka, menghaluskan kulit, melebatkan rambut, mengurangkan bengkak, cirit-birit, keracunan usus, gastrik serta mengurangkan paras gula di dalam badan.

Lidah buaya menggalakkan pembentukan fibroblast dalam darah yang dapat menyembuhkan tisu luka.



Mikro organisma seperti virus, bakteria dan fungus merupakan antara penyebab kepada pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kegagalan kepada fungsi dan struktur badan. Kehadiran mikro organisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini boleh mengancam dan mengganggu kesihatan manusia.

Daripada pelbagai jenis makhluk mikro ini, bakteria spesies Sulfur Pearl of Namibia dikatakan mempunyai saiz yang terbesar. Dengan nama saintifiknya Thiomargarita namibiensis, memiliki ukuran 0.75mm.


Sumber: estidotmy