Archive for Disember 31, 2009


Mustika / mastika / mestika…?

Kata mustika, mastika dan mestika digunakan bersilih ganti kerana ramai yang menganggapkan bahawa kata tersebut mempunyai makna yang sama. SEBENARNYA hanya kata mestika sahaja sepatut digunakan, yang lain-lain itu sebenarnya tiada dalam kamus.

Mustika dan mastika sebenarnya wujud mungkin kerana faktor kedangkalan ilmu bahasa dan kekerapan penggunaannya seharian. Misalnya kata ‘mustika‘ sering kita dengar melalui nyanyian artis tersohor tanah air.

Kata ‘mestika’ membawa maksud sejenis batu sakti yang biasa terdapat di dalam kepala ular, batu geliga, gemala. Mestika juga bermaksud batu permata yang berharga.

Namun lumrahnya, kata mestika sering dimaksudkan sebagai maksud tercantik dari segi rupa paras, sesuatu yang amat disayangi.

Contoh ayat:-

  • Engkaulah mestika hatiku.
  • Aduhai mestika hati kakanda, tidurlah.


    Sony telah memperkenalkan produk baru di pasaran iaitu cermin mata 3D yang dinamakan RealD. Cermin mata ini membolehkan si pemakainya menonton rancangan tv secara 3D. Hal ini akan menyebabkan sesuatu program tv menjadi lebih realistik dan menarik.


    Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita menjengah ke tahun baru 2010. Ini juga bermakna tinggal beberapa jam saja lagi untuk tahun 2009 belayar pergi meninggalkan kita dengan sejuta kenangan suka dan duka.

    Tahun 2010 pasti menyajikan kita dengan pelbagai ranjau, serta onak dan duri. Sebagai insan yang sentiasa sedar akan kebesaran Tuhan, sudah pasti akan melihat fenomena ini sebagai suatu ujian daripada-Nya untuk menjadikan kita semakin matang dan bijaksana dalam setiap tindakan dan keputusan.

    Kedatangan tahun baru sama ada tahun Hijrah mahupun tahun Masehi wajar menjadi pendorong atau pemangkin kepada umat manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik, bukan sebaliknya. Jadi tanamlah azam dan tekad dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Jauhilah perkara-perkara mungkar dan sesat seperti yang menjadi ikutan sesetengah pihak yang buta hati dan akal. Jauhilah tempat-tempat sambutan yang berunsurkan maksiat, hiburan yang melalaikan yang menggalakkan percampuran lelaki perempuan; biasanya tempat begini, banyak syaitan yang berkumpul!