Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita menjengah ke tahun baru 2010. Ini juga bermakna tinggal beberapa jam saja lagi untuk tahun 2009 belayar pergi meninggalkan kita dengan sejuta kenangan suka dan duka.

Tahun 2010 pasti menyajikan kita dengan pelbagai ranjau, serta onak dan duri. Sebagai insan yang sentiasa sedar akan kebesaran Tuhan, sudah pasti akan melihat fenomena ini sebagai suatu ujian daripada-Nya untuk menjadikan kita semakin matang dan bijaksana dalam setiap tindakan dan keputusan.

Kedatangan tahun baru sama ada tahun Hijrah mahupun tahun Masehi wajar menjadi pendorong atau pemangkin kepada umat manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik, bukan sebaliknya. Jadi tanamlah azam dan tekad dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Jauhilah perkara-perkara mungkar dan sesat seperti yang menjadi ikutan sesetengah pihak yang buta hati dan akal. Jauhilah tempat-tempat sambutan yang berunsurkan maksiat, hiburan yang melalaikan yang menggalakkan percampuran lelaki perempuan; biasanya tempat begini, banyak syaitan yang berkumpul!


Advertisements