Penulis cuba menyenaraikan istilah sastera yang ejaannya bermula dengan huruf ‘P’. Lihat maksud istilah sastera itu di bawah:-

  • polemik  > perdebatan atau perbincangan sesuatu isu.
  • prolog  > kata-kata yang mendahului sesuatu persembahan sandiwara.
  • prop  > peralatan pentas yang digunakan untuk persembahan.
  • prolifik  > pengarang yang produktif atau banyak menghasilkan karya.
  • primadona  > penyanyi atau pelakon utama dalam opera, drama.
  • plot  > jalinan cerita.
  • plagiat  > mencedok karya orang dan mengaku sebagai karya sendiri.
  • peseban  > balai tempat menghadap.
  • paradoks  > gaya bahasa yang bertentangan dalam ayat.
  • pacal  > yang hina.
  • peterana  > tempat duduk orang atasan.
  • picisan  >rendah mutunya.
  • puri  > istana.
Advertisements