Cerpen ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga Tionghua yang tinggal di perkampungan orang Melayu iaitu Kg. Kemuning. Mei Ling yang merupakan watak utama dalam cerita ini menjalani kehidupan yang sukar bersama ibunya Nyonya Khoo. Ayahnya telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun yang lalu. Meskipun hidupnya susah, mereka beruntung kerana sering dibantu oleh keluarga Haji Hashim.

Nyonya Khoo bekerja sebagai penoreh getah di kebun Haji Hashim. Di samping menoreh, dia memperoleh pendapatan sampingan daripada hasil menjual pisang yang ditebangnya di kebun Haji Hashim. Mei Ling seorang anak yang baik dan memahami kesusahan hidup keluarganya. Dia rajin belajar dan selalu berbincang dengan Siti, anak Haji Hashim. Mei Ling sangat menghargai bantuan dan pertolongan daripada keluarga Haji Hashim.

  • Tema: Perpaduan kaum dan sikap tolong-menolong dalam masyarakat yang mewujudkan masyarakat yang harmoni.
About these ads