Kini masalah besar yang menghantui kalangan pemandu iaitu sesat dalam perjalanan menerima penyelesaiannya. Dengan bantuan alatan penentu kedudukan global (GPS), para pemandu dibantu secara automatik bagi menyediakan maklumat navigasi ke sesuatu destinasi yang dituju.

Garmin nuvi 255 W yang boleh dibeli dengan harga serendah RM799.00 memberikan gambaran perjalanan yang lebih luas yang disiarkan melalui paparan beresolusi 480 X 272 piksel.

Penggunaan gajet ini dipermudah dengan fungsi teks kepada suara (TTS) yang menyebut nama-nama jalan, arah membelok dan juga jarak. Hal ini membolehkan pemandu menumpukan perhatian kepada pemanduan tanpa perlu melihat arah skrin GPS.


Advertisements