AYAT CAKAP AJUK:

  • Ayat cakap ajuk ialah ayat daripada percakapan seseorang yang disalin atau ditiru semula secara bulat-bulat tanpa mengubah maksudnya.
  • Ayat cakap ajuk ditandai dengan tanda petik (”……”).

AYAT CAKAP PINDAH:

  • Ayat cakap pindah ialah ayat daripada percakapan seseorang yang ditulis atau disalin dengan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah maksudnya.

Lihat perbandingan di bawah:-

Ayat Cakap Ajuk

Ayat Cakap Pindah

1. “Saya berhasrat untuk bertukar ke sekolah

harian biasa,” kata Cikgu Azman.

1. Cikgu Azman berkata bahawa dia berhasrat

untuk bertukar ke sekolah harian biasa.

2. “Kenapa awak asyik diam sejak tadi, Ali?”

tanya Abu.

2. Abu bertanya kepada Ali sebab dia asyik

diam sejak tadi.

3. “Wah, cantiknya kereta awak ini!” kata Ani. 3. Dengan rasa kagum, Ani berkata bahawa

kereta itu cantik.