UPSI atau Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan yang pertama di Malaysia. Universiti ini telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.


Advertisements