Jika kita rajin meneliti tulisan di akhbar-akhbar, pasti kita akan menemukan kesalahan bahasa yang amat banyak. Sesetengahnya pula merupakan kesalahan yang asas dan tidak sepatutnya berlaku.

Penulis pada kesempatan ini akan membincangkan permasalahan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan iaitu imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan serentak.

  • salah guna + di- …-kan  > disalahgunakan BUKANNYA  disalah-gunakan.
  • bakul sampah + mem-…-kan  > membakulsampahkan BUKANNYA membakul-sampahkan / membakul sampahkan.
  • satu padu + meny-…-kan  > menyatupadukan BUKANNYA menyatu-padukan
  • kuat kuasa + peng-..-kan  > penguatkuasaan BUKANNYA penguat kuasaan
  • alih bahasa + di-..-kan  > dialihbahasakan BUKANNYA dialih-bahasakan

    Advertisements