Realitinya kini, umat Islam tidak lagi mensyukuri nikmat al-Quran. Kitab suci ini belum dijadikan perencah bagi menjalani kehidupan di bumi Allah ini, bahkan sesetengah daripada kita, mukjizat ini hanya dijadikan zikir dan doa untuk memperoleh pertolongan semata-mata. Kita belum bersedia menjadikan al-Quran sebagai petunjuk, asas membina cara berfikir serta sudut pandangan dalam mengorientasikan hidup serta perilaku individu, keluarga dan masyarakat.

Akibat kecuaian kita ini, maka muncullah pelbagai krisis sosial yang semakin tiada jalan penyelesaiannya. Kita perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai sumber kekuatan untuk membangunkan peradaban manusia yang sempurna dalam pelbagai aspek.

Pelbagai kaedah yang dapat kita laksanakan dalam usaha menghidupkan al-Quran agar menjadi sumber kekuatan, antaranya:-

  • Selalu membaca al-Quran dengan betul (Tilawah wa Tartil)
  • Merenung dan mengkaji kandungan al-Quran (Tadabur)
  • Menghafaz al-Quran (Hifzh)
  • Mengajarkan ilmu al-Quran (Ta’lim)
  • Sentiasa mendengar bacaan ayat al-Quran (Istima’)
  • Menjadikan ajaran al-Quran sebagai amalan (At-Talaqi lil amal)
  • Menjadikan al-Quran sebagai kata pemutus (Tahkim)
  • Menjadikan isi kandungan al-Quran acuan hidup (Manhaj al Hayah)

Sesungguhnya, hidup berpegangkan al-Quran wajib menjadi agenda besar dalam kehidupan kita.

Sumber: Majalah i (Bil. 79) Mei 2009



Advertisements