Ketiga-tiga patah perkataan seperti intiha, natijah dan akhirulkalam merupakan kata yang berasal daripada bahasa Arab. Kesemua kata ini membawa maksud yang sama iaitu penutup, akhirnya, penghabisan, perhentian, kesudahan, kesimpulan dan akibat.

Penulis mendapati ramai sekali pelajar yang gemar menggunakan perkataan seperti ini dalam perenggan penutup sesebuah karangan. Pada penulis penggunaan perkataan sebegini dalam karangan sangat baik, jika kena pada tempatnya.

Advertisements