KATA GANDA SEPARA

  • Kata Ganda Separa yang membawa makna banyak/jamak TIDAK boleh diikuti kata bilangan yang juga membawa maksud banyak:-
  1. Pepohon  > Banyak pepohon kayu di tepi jalan itu tumbang ditiup angin ribut. X
  2. Dedaun  > Lima helai dedaun inai perlu dimasukkan ke dalam ramuan itu. X
  • Kata Ganda Separa yang membawa makna tunggal BOLEH diikuti kata bilangan untuk menyatakan makna banyak.
  1. Tetangga > Banyak tetangga Cikgu Ali menziarahinya ketika dia sakit. √
  2. Lelaki  > Lima orang lelaki telah ditangkap kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. √

KATA GANDA BERIRAMA

  • Kata penguat TIDAK boleh digunakan pada kata ganda berirama yang membawa maksud sangat/paling:-
  1. Riuh-rendah  > Keadaan kelas yang ketiadaan guru itu amat riuh-rendah. X
  2. Bengkang-bengkok  > Jalan raya ke rumah saya terlalu bengkang-bengkok. X

KATA GANDA BERIMBUHAN

  • Kata Ganda berimbuhan yang membawa maksud berulang-ulang TIDAK boleh diikuti kata berkali-kali atau berulang-ulang:-
  1. Mengangguk-nganggukkan  > Dia mengangguk-nganggukkan kepalanya berkali-kali sebagai tanda faham. X
  2. Menggeleng-gelengkan  > Ali berulang-ulang kali menggeleng-gelengkan kepalanya. X

KATA GANDA MENYALING

  • Kata Ganda Berimbuhan yang membawa maksud saling (Kata Ganda Menyaling) TIDAK boleh disertai kata saling:-
  1. Tolong-menolong  > Mereka saling tolong-menolong membuat kerja itu. X
  2. Cabar-mencabar  > Peminat bola sepak itu saling cabar-mencabar sebelum berlakunya pergaduhan. X
Advertisements