Perkataan-perkataan di atas ini tergolong dalam kata yang menceritakan keadaan bunyi sesuatu. Cuba perhatikan maknanya satu persatu.

  • gemercik  > bunyi seperti bunyi air memercik.
  • gemerencang  > bunyi seperti bunyi pedang berlaga.
  • gemerencing  > bunyi seperti bunyi rantai besi bersentuhan.
  • gemeresik  > bunyi seperti kertas dan kain direnyuk-renyukkan.
  • gemeretak  > bunyi seperti bunyi hujan menimpa atap.
  • gemeretik  > bunyi seperti bunyi bertih digoreng.
  • gemeretuk  > bunyi gigi bersentuhan kerana menggigil.
  • gemercak  > bunyi seperti bunyi air yang keluar daripada pancuran.
  • gemeresak  > bunyi berdesir.
Advertisements