Merubah merupakan kata kerja yang berasal daripada kata dasar ‘ubah’ yang menerima imbuhan awalan ‘mer-‘. Setahu penulis tidak wujud langsung imbuhan awalan ‘mer-‘ dalam bahasa Melayu.  Pada penulis alamorf atau keluarga awalan“meN-“ ialah me-, mem-, men-, meng- dan menge-. Oleh itu ‘mer-‘ bukan alamorf bagi awalan meN-.

Berdasarkan pernyataan di atas, maka awalan yang sesuai bagi kata ‘ubah’ ialah ‘meng-‘ dan jadilah ‘mengubah’ BUKANNYA ‘merubah”.

  • merubah SEPATUTNYA dieja sebagai mengubah.

Merobah pula ialah kata kerja yang kata dasarnya ialah ‘robah’ setelah diberikan awalan ‘me-‘. Merujuk kamus Dewan Edisi ke-4, merobah membawa maksud mengubah (m.s. 1338).

  • merobah = mengubah
  • merubah X

Contoh ayat:-

  1. Kita perlu mengubah cara hidup kita daripada yang baik kepada yang lebih baik.
  2. Kejayaannya dalam pelajaran telah merobah kehidupan keluarganya.

Advertisements