Pengurangan berat badan secara sihat dan normal merangkumi 2 aspek yang penting iaitu:-

  • penjagaan diet;
  • aktiviti fizikal.

Dari segi pemakanan, selain mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan, zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan kita berfungsi dengan baik.

Dengan pengambilan makanan yang sesuai, kita boleh menikmati makanan yang diambil sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kerana menahan lapar. Tip-tip di bawah boleh dijadikan panduan:-

  • Vitamin C:
  1. Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C semula jadi seperti limau gedang, lemon dan oren boleh membantu dalam mengurangkan penyerapan lemak.
  2. Diet yang kurang vitamin C terbukti menyebabkan ukur lilit pinggang semakin besar.
  3. Kita boleh memenuhi keperluan vitamin harian iaitu sebanyak 75 mg dengan memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi.
  • Teh:
  1. Menurut kajian, pengambilan catechin (antioksidan di dalam daun teh) boleh mengggalakkan pembakaran lemak di dalam badan.
  2. Ketika memilih jenis teh, kita disyorkan untuk memilih teh hijau atau putih kerana mengandungi catechin yang lebih tinggi.
  • Pisang:
  1. Sebiji pisang mengandungi 400 mg potasium dan mineral yang membantu dalam mengawal jumlah sodium (yang menghasilkan gas) di dalam badan kita.
  2. Pisang juga kaya dengan serat yang sangat membantu ketika di “bilik termenung.”
  • Makanan Rendah GI:
  1. Makanan rendah GI ialah makanan yang dihadam dengan perlahan menyebabkan kita berasa kenyang sepanjang hari.
  2. Antara makanan jenis ini adalah seperti semua bijirin, sayuran dan sesetengah buah seperti limau gedang dan beri biru.
  • Jauhi Makanan Tinggi Gula:
  1. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula di dalam darah. Hal ini akan menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme, menyebabkan selera makan kita akan meningkat lebih daripada biasa.
  2. Elakkan daripada memilih makanan yang mempunyai gula tambahan seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses.
  3. Pilihlah jenis makanan yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi seperti sayuran dan kekacang.

Pilih...?


Advertisements