CAKAP PINDAH

Anis mengajak adiknya, Aliya pergi ke rumah Tok Wan. Aliya bertanya kepadanya tentang tujuannya ke sana. Anis memberitahu adiknya bahawa dia mahu membantu Tok Wan membersihkan rumahnya. Menurutnya lagi, Tok Wan sudah tua dan tidak berdaya lagi untuk membuat kerja-kerja yang berat. Adiknya turut melahirkan rasa simpati akan keadaan Tok Wan yang kini hidup sebatang kara.

CAKAP AJUK

  • Anis: Adik, mari kita ke rumah Tok Wan.
  • Aliya: Kakak hendak buat apa pergi ke rumah Tok Wan?
  • Anis: Kakak hendak membantu Tok Wan membersihkan rumahnya. Tok Wan sudah tua dan tidak berdaya lagi untuk membuat kerja-kerja berat.
  • Aliya: Saya juga berasa simpati akan keadaan Tok wan yang hidup sebatang kara.
Advertisements