Penulis juga terpanggil untuk menyatakan pandangan peribadi tentang isu terhangat yang diciptakan oleh penulis blog yang bergelar Aduka Taruna ini. Sebagai seorang Islam, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang menjadikan blog sebagai penghubung maya agar sentiasa menjadikan medan blog ini sebagai satu medium untuk berkongsi maklumat yang benar, ilmu yang bermanfaat dan nasihat yang berguna.

Apa guna kita isikan medium ini sekadar untuk menyakiti hati insan lain. Apa faedahnya kita memburukkan orang lain, apatah lagi mereka yang sepatutnya kita sanjung dan hormati. Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum dan sejarah keagungan Islam? Sudahkah cukup ilmu di dada kita sehingga berani menuduh para sahabat Rasulullah sebagai manusia bangsat?

Jadikan pengajaran terhadap apa yang berlaku kepada Aduka Taruna ini. Menulis biarlah bermanfaat bukannya berniat khianat atau sekadar untuk menjadi popular yang glamor cuma barang sesaat.

Renung-renungkanlah……

Ikhlas daripada penulis.

Advertisements