Pembelian 48 buah kereta kebal utama (MBT) berserta 9 buah kenderaan sokongan lain dari Poland pada 2003 telah mengubah kuasa pertahanan negara khususnya bagi tentera darat Malaysia.

Penggandaan kuasa itu disebabkan kemampuan mobiliti, kuasa tembak dan perlindungan armor yang sesuai dengan bentuk muka bumi negara.

Paling menggerunkan ialah kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 mm buatan Slovakia dengan peningkatan sehingga 23% berbanding meriam asal. Meriam ini mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada pada hari ini sehingga jarak 5 km.

Pendekar juga menggunakan sistem kawalan tembakan teknologi Savan 15 FC ciptaan Perancis yang turut digunakan oleh kereta kebal moden mereka iaitu AMX-56 Leclerc.

Gandingan teknologi Perancis dan Slovakia membolehkan meriam utama Pendekar memuntahkan 10 tembakan seminit.

Spesifikasi Pendekar:-

  • Berat: 48.5 tan
  • Panjang: 10.03 m termasuk meriam
  • Lebar: 3.7 m
  • Tinggi: 2.4 m
  • Krew: 3 orang (komander, jurupandu dan jurumeriam)
  • Armor: Lapisan komposit dan lapisan besi waja dengan plat armor reaktif ERAWA-2
  • Senjata: Meriam utama jenis Smoothbore 2A46 125 mm, mesingan berat FN M2 HB 12.7 mm antipesawat, mesingan sepaksi FN MAG 7.62 mm
  • Perlindungan: 24 pelancar grened asap Wegmann berkaliber 81 mm, 4 sistem amaran laser PCO SSP-1 Obra-3
  • Enjin: Diesel PZL-Wola S-1000R, kelajuan 70 km/j, jarak 500 km tanpa isian minyak tambahan

Advertisements