Kata dirgahayu ialah kata yang berasal daripada sastera lama yang bermaksud harapan atau moga-moga lanjut usia serta panjang umur. Kata ini biasanya digunakan kepada raja yang memerintah.

Diskriminasi pula bermaksud perbuatan yang membeza-bezakan seperti warna kulit, keturunan dan lain-lain. Diskriminasi juga boleh diertikan sebagai tindakan yang berat sebelah atau tidak adil.

Manakala dualisme bermaksud  fahaman yang berasaskan dua prinsip yang saling bertentangan seperti antara kebaikan dengan kejahatan.

Advertisements