Antara binatang / hidupan yang paling berbisa dan menyebabkan mangsanya mati serta-merta ialah:-

  • Obor-obor ‘box jellyfish’
  1. Banyak terdapat di perairan Asia dan Australia.
  2. Bisa obor-obor ini yang mengandungi toksin akan menyerang hati, sistem saraf dan sel kulit.
  3. Bisa yang sangat menyakitkan ini akan menyerang jantung akan menyebabkan kematian mangsa kerana kegagalan jantung.

Box Jellyfish

  • Siput Pemusnah ‘Marble Cone Snail’
  1. Sejenis siput yang sangat cantik tetapi mengandungi bisa yang boleh membunuh.
  2. Banyak terdapat di kawasan air masin yang bersuhu panas.
  3. Setitik bisanya dapat membunuh lebih 20 orang manusia dewasa dengan menyebabkan anggota badan menjadi lumpuh, penglihatan kabur dan sesak nafas.

Marble Cone Snail

  • Kala Jengking ‘Death Starker Scorpion’
  1. Banyak terdapat di Utara Afrika dan Asia Barat.
  2. Racun Neurotoxin yang terdapat dalam bisanya mampu membunuh.
  3. Racun ini akan menyerang hati, saraf dan menyebabkan mangsa menjadi lumpuh, koma dan akhirnya mati.

Death Starker Scorpion

  • Ular Tedung
  1. Sejenis ophiophagus iaitu sejenis ular yang makan ular.
  2. Lebih dikenali dengan nama The King Cobra (Ophiophagus Hannah).
  3. Binatang paling panjang yang berbisa iaitu antara 5.6 m.
  4. Satu pagutan sahaja sudah dapat membunuh manusia manakala binatang besar seperti gajah akan mati dalam masa 3 jam.

The King Cobra

  • Ular ‘Inland Taipan’
  1. Paling berbisa di dunia dan terdapat di Austarlia.
  2. Hanya bisa satu pagutan sahaja dapat membunuh 100 orang manusia dewasa kerana bisanya mengandungi 200 – 400 kali lebih beracun daripada ular tedung biasa.
  3. Racun ular ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk membunuh orang dewasa.

Inland Taipan

  • Labah-labah Pisang ‘The Brazilian Wandering Spider’
  1. Labah-labah yang paling berbisa dan bisanya dapat membunuh manusia.
  2. Mengandungi bisa neurotoxic yang jika 0.006 mg sahaja sudah mampu membunuh seekor tikus.

The Brazilian Wandering Spider

  • Stonefish
  1. Banyak terdapat di perairan Tropika, Lautan Pasifik dan Lautan India ialah sejenis ikan yang sangat hodoh dan mempunyai kadar bisa yang sangat tinggi.
  2. Ikan ini menyimpan racunnya di dalam tetulang di badannya.
  3. Mangsa yang terkena sengatan bisanya akan mengalami kesakitan di anggota badan sehingga mematikan tisu dan menyebabkan lumpuh.

Stonefish

  • Katak ‘Poison Dart’
  1. Banyak terdapat di Utara Amerika Syarikat dan berukuran hanya 5 cm sahaja.
  2. Gigitan yang mengandungi racun cukup untuk membunuh kira-kira 10 orang dewasa dan 20,000 ekor tikus.

Poison Dart Frog

  • Sotong ‘Blue-Ringed’
  1. Banyak ditemukan di Lautan Pasifik, Jepun dan Australia.
  2. Walaupun saiznya kecil iaitu lebih kurang saiz sebiji bola golf tetapi bisanya amat kuat dan dapat membunuh manusia.
  3. Racunnya iaitu neorotoxins mampu membunuh 26 orang dewasa dalam hanya beberapa minit sahaja.

Blue Ringed Octopus


Advertisements