Rasa bangga rakyat Malaysia terukir apabila akhirnya kita memiliki pasukan sendiri dalam perlumbaan prestij F1. Pasukan ini dinamakan 1Malaysia F1 Lotus (1MF1T-Lotus) telah dilancarkan di Dewan Royal Horticultural, London oleh Prinsipal Pasukan iaitu Datuk Seri Tony Fernandes.

Fakta:-

  • Malaysia pertama kali terlibat dengan penganjuran perlumbaan Grand Prix Dunia F1 pada 1997.
  • Petronas menaja pasukan Sauber dan BMW.
  • Rakyat Malaysia pertama, Alex Yoong muncul sebagai pemandu F1 untuk pasukan Minardi pada 2002.
  • Fairuz Fauzi menjadi pemandu uji bagi pasukan 1Malaysia F1 Lotus.

Advertisements