Penulis masih tidak berpuas hati tentang isu kesalahan ejaan yang masih berleluasa dan seolah-olah tidak ada langsung jalan penyelesaiannya. Kelmarin, ketika asyik menonton program di televisyen, penulis mendapati masih ada lagi orang Melayu yang tidak tahu membezakan penggunaan ejaan ‘memastikan’ dengan ‘mempastikan.’

Pada penulis, orang Melayu seperti ini ialah ‘Melayu bebal’ dan tidak mahu belajar. Untuk makluman mereka yang berkenaan, kata dasar bahasa Melayu yang dieja menggunakan huruf depan ‘P’, kebanyakannya apabila menerima imbuhan meN-, ‘P’ itu akan dilenyapkan bunyinya (P itu dibuang). Lihat contoh di bawah:-

  • pasar  >  memasarkan BUKANNYA mempasarkan
  • panggil  >  memanggil BUKANNYA mempanggil
  • pasang  >  memasang BUKANNYA  mempasang
  • pakai  >  memakai BUKANNYA mempakai
  • pukul  > memukul BUKANNYA mempukul
  • pijak  >  memijak BUKANNYA mempijak
  • payung  >  memayung BUKANNYA  mempayung
  • paling  > memaling BUKANNYA mempaling
  • penting  >  mementing BUKANNYA mempenting

JADI jika kata dasar ‘pasti’ apabila menerima imbuhan awalan meN-, maka terbentuklah kata ‘memastikan’ BUKANNYA ‘mempastikan’ seperti yang sering digunakan orang yang ‘tak tahu bahasa’!

Huruf  ‘P’ hanya akan DIKEKALKAN jika kata dasar itu terdiri daripada kata pinjaman (bukan kata asli bahasa Melayu) yang diambil daripada bahasa-bahasa lain. Lihat contoh di bawah:-

  • praktik (bahasa Inggeris) + meN- >  mempraktik
  • proses (bahasa Inggeris) + meN-  >  memproses
  • pamer (bahasa Indonesia) + meN-  >  mempamer
  • program (bahasa Inggeris) + meN-  >  memprogram

Lembu pun ketawa...?

Advertisements