Hari Kecemerlangan Sekolah berasrama Penuh ke-37 (Zon Timur) berlangsung di SBPI Temerloh bermula pada 11 Mac – 15 Mac 2010. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola keranjang lelaki dan perempuan, bahas bahasa Melayu dan juga bahas bahasa Inggeris.

Penulis akan berkampung di sini selama 5 hari walaupun agak berat hati kerana bertugas sebagai  salah seorang hakim pertandingan bahas bahasa Melayu. Segala perancangan cuti bersama-sama keluarga sebelum ini terpaksa diubah demi tugas.

Antara SBP  Zon Timur yang terlibat dengan kejohanan ini ialah:-

  • KELANTAN
  1. SMS Tengku Muhammad Faris Petra
  2. SMS Machang
  3. SMS Pasir Puteh
  • TERENGGANU
  1. SMS Sultan Mahmud
  2. SMS Dungun
  3. SMS Kuala Terengganu
  4. SBPI Batu Rakit
  • PAHANG
  1. SBPI Temerloh
  2. SMS Tengku Abdullah
  3. SMS Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan.
  4. SBPI Kuantan
  5. SBPI Pekan
  6. SMS Sultan Hj. Ahmad Shah, Pekan.

Selamat berjuang…..?

Advertisements