• Kata adjektf (KA) ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat dan perihal sesuatu benda atau kata nama.

Antara jenis kata adjektif  (KA) ialah:-

    1. Sifatan [ baik, pandai, tegas, buas, berani… ]
    2. Warna [ merah, kuning, kelabu, merah tua… ]
    3. Ukuran [ besar, panjang, dalam, tinggi… ]
    4. Bentuk [ bulat, bujur, bengkok, leper… ]
    5. Waktu [ segera, cepat, lama, suntuk … ]
    6. Jarak [ jauh, hampir, nyaris, rapat … ]
    7. Cara [ cermat, kasar, boros, tangkas … ]
    8. Emosi [ suka, sayang, cinta, gembira … ]
    9. Pancaindera [ manis, masam, masin pahit … ]
    10. Kekerapan [ jarang, jarang-jarang, selalu, kerap … ]

    Bagaimana Mengenal Kata Adjektif  (KA)?

      1. KA dapat digunakan bersama-sama kata penguat { sangat besar, merah sekali, paling baik }
      2. KA dapat disertai imbuhan ‘ter-‘ dan ‘se-‘ { terbaik, sebesar, tercantik }
      3. KA hadir selepas kata nama { bola besar, rumah cantik, kereta buruk }
      4. Menggunakan kata nafi ‘tidak’ { tidak besar, tidak mahal }
      5. KA dapat diulang dengan imbuhan ‘se-‘ dan ‘-nya { sebaik-baiknya, sebesar-besarnya }

      Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif (KA)

      • Paling besar sekali rumah itu.
      • Barang-barang di kedai itu mahal-mahal.
      • indah (KA) > memperindahkan.
      • besar (KA) > diperbesarkan.

      SEPATUTNYA:-

      • Paling besar rumah itu. / Besar sekali rumah itu.
      • Barang di kedai itu mahal-mahal. / Barang-barang di kedai itu mahal.
      • indah > memperindah / mengindahkan / diperindah / diindahkan
      • besar > memperbesar / diperbesar / dibesarkan


        Advertisements