Pada keesokan hari iaitu 17 Mac 2010, bertempat di Dewan Gemilang SMS Tengku Muhammad Faris Petra, penulis akan bersama-sama dengan pelajar Tg. 3 ( 120 orang ) sekolah tersebut dalam majlis ceramah mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pada peringkat awal, program ceramah anjuran jawatankuasa sekolah tersebut akan diadakan di dewan PSPN, namun disebabkan beberapa faktor, program ini telah diadakan di dewan sekolah penulis.

Mengikut surat undangan, majlis itu akan berlangsung pada waktu pagi iaitu bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada 10.30 pagi. Penulis berharap majlis ilmu pada pagi esok itu akan berjalan dengan lancar.

Amin.

Advertisements