Pelbagai pengajaran yang dapat kita ambil daripada Seloka Emak Si Randang, antaranya:-

  • Kita mestilah mengukur kemampuan diri sebelum membantu orang lain.
  • Kita seharusnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum memberikan bantuan kepada orang agar tidak akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.
  • Kita sepatutnya berbuat baik ┬ákepada orang tetapi biarlah berpada-pada.
  • Sebelum berfikir untuk membantu orang luar, kita mestilah dahulu membantu diri sendiri dan keluarga.