Perkataan-perkataan di atas sering kita dengar dan kita gunakan semasa bercakap mahupun menulis, tetapi adakah kita tahu maknanya yang sebenar?

  • Wacana bermaksud keseluruhan tutur atau penulisan ayat. Wacana juga membawa maksud perbincangan atau diskusi secara lisan. Contoh ayat: Mereka menjadi panel dalam wacana sastera itu.
  • Wahana membawa maksud saluran atau perantaraan (alat) yang memungkin sesuatu berjaya dilakukan. Contoh ayat: Institusi pendidikan sewajarnya menjadi wahana melahirkan insan cemerlang.
  • Wadah merupakan perkataan Jawa yang juga membawa maksud yang sama dengan wahana iaitu alat, bekas, medan ataupun saluran. Contoh ayat: Ada orang menganggap pendidikan sebagai wadah pihak kerajaan untuk mendapatkan sokongan.
  • Waima pula merupakan perkataan Arab yang bermaksud walaupun dan sama ada. Contoh ayat: Apa saja yang dilakukan manusia, waima dengan membunuh semua manusia, kebenaran akhirnya akan terserlah.