Penyalahgunaan kata pemeri masih kerap berlaku apabila ada segelintir pengguna bahasa Melayu yang tidak peka akan peraturan sebenar. Hal ini demikian akan banyak ditemukan penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang tidak gramatis.

Lihat contoh penggunaan kata pemeri ‘adalah’ di bawah:-

  1. Azim adalah merupakan pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
  2. Pelajar adalah dinasihati agar sentiasa mengulang kaji pelajaran.
  3. Jawapan ini adalah berdasarkan buku teks.
  4. Adalah dengan ini diumumkan bahawa esok ialah cuti umum.
  5. Adalah menjadi harapan saya supaya awak terpilih dalam pemilihan itu.
  6. Adalah dimaklumkan bahawa semua keputusan awal akan disemak semula.

Ayat 1 – 6 di atas merupakan contoh penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang tidak gramatis atau salah dari segi tatabahasa.

PERINGATAN:-

  • Kata pemeri tidak BOLEH digunakan di depan kata kerja. [merupakan, dinasihati, berdasarkan, menjadi dan dimaklumkan ialah kata kerja.]
  • Kata pemeri sama ada ‘ialah’ atau ‘adalah’ tidak BOLEH digunakan sebagai permulaan ayat.

PEMBETULAN:-

  1. Azim merupakan pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
  2. Pelajar dinasihati agar sentiasa mengulang kaji pelajaran.
  3. Jawapan ini berdasarkan buku teks.
  4. Dengan ini dimaklumkan bahawa esok ialah cuti umum.
  5. Menjadi harapan saya supaya awak terpilih dalam pemilihan itu.
  6. Dimaklumkan bahawa semua keputusan awal akan disemak semula.
Advertisements