Archive for April, 2010


Kata penguat…?

Kata Penguat ialah sejenis kata tugas yang berfungsi sebagai penguat maksud kata adjektif. Kata penguat terbahagi kepada 3 jenis:-

1. Kata Penguat Depan [ paling, begitu, terlalu, demikian, agak, lebih ]

  • Kata Penguat Depan (KPD) hanya dapat digunakan di depan kata adjektif sahaja. {KPD + Kata adjektif}
  • Contoh: [ begitu cantik, agak cantik, paling cantik, terlalu cantik, demikian cantik ]

2. Kata Penguat Belakang (KPB) [ sekali, benar, betul dan nian ]

  • Kata Penguat Belakang hanya dapat digunakan selepas / di belakang kata adjektif sahaja. { Kata adjektif + KPB }
  • Contoh: [ baik betul, baik sekali, baik benar, indah nian }

3. Kata Penguat Bebas (KPBe) [ amat, sungguh, sangat ]

  • KPBe dapat digunakan di depan / di belakang kata adjektif. { KPBe + Kata adjektif & Kata adjektif + KPBe }
  • Contoh: [ amat cantik, cantik amat, sungguh cantik, cantik sungguh, sangat cantik, cantik sangat ]

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENGUAT

  • Kata Penguat tidak boleh digunakan berturut-turut, contoh:-
  1. paling (KPD) besar betul (KPB)  X
  2. begitu (KPD) bijak sekali (KPBe)  X
  3. amat (KPBe) merah benar (KPB)  X

KEKECUALIAN PENGGUNAAN KATA PENGUAT

  • Kata Penguat boleh digunakan berturut-turut apabila KPBe digunakan bersama-sama KPB ‘sekali’, contoh:-
  1. amat (KPBe) cantik sekali (KPB)  √
  2. sungguh (KPBe) besar sekali (KPB)  √
  3. sangat (KPBe) tepat sekali (KPB)  √

Begitulah bunyi tajuk majalah estidotmy keluaran Rabu 28 April 2010, edisi ke-98. Majalah terbitan Utusan Melayu (M) ini dibiayai sepenuhnya oleh MOSTI sebagai salah satu daripada program penggalakan Sains, Teknologi & Inovasi (PPSTI).

“ICT MERUBAH DUNIA” jika diteliti dengan sebelah mata, maka tiada apa-apa yang cacat celanya. Tapi sebagai guru bahasa, saya sedikit terkedu kerana isu keprihatinan tentang bahasa Melayu masih di takuk lama. Mengapakah saya berpendapat sedemikian?

Cuba perhatikan betul-betul ejaan kata ‘merubah’. Adakah betul ejaannya? Perkataan merubah berasal daripada kata dasarnya iaitu ‘ubah’ yang kononnya diimbuhkan dengan imbuhan awalan ‘mer-‘. Setahu saya, tidak pernah wujud imbuhan ‘mer-‘ dalam bahasa Melayu. Yang ada hanyalah me-, men-, mem-, meng-, menge-, dan meny-.

JADI … kenapakah hal ini masih berlaku? JAWABNYA ialah kurangnya rasa tanggungjawab dan keprihatinan kita dalam usaha memartabatkan bahasa sendiri. Lalu bahasa Melayu dipergunakan secara hentam kromo sahaja!

SEBENARNYA ejaan yang BETUL untuk merubah ialah mengubah kerana kata dasar ubah sesuai diimbuhkan dengan imbuhan awalan meng-.

  • ubah  + meng-  > mengubah BUKAN merubah
  • ubat  + meng-  > mengubat BUKAN merubat
  • ukur  + meng-  > mengukur BUKAN merukur

SEPATUTNYA tajuk ICT Merubah Dunia ditukarkan kepada ICT Mengubah Dunia.

ATAU jika mahu, boleh juga ditulis begini, “ICT Merobah Dunia”. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4.

YOUTUBE:

  • YouTube merupakan laman web perkongsian video yang popular dan mendapat sambutan hangat oleh pengguna internet di seluruh dunia.
  • Diasaskan oleh 3 orang bekas petugas PayPal pada Februari 2005 iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
  • Syarikat yang berpangkalan di San Bruno ini menggunakan teknologi Adobe Flash bagi menyokong paparan video.

GOOGLE:-

  • Google merupakan enjin carian yang popular kepada pengguna internet.
  • Dicipta oleh 2 orang rakan iaitu Larry Page dan Sergey Brin yang merupakan satu projek penyelidikan ketika kedua-duanya menuntut di Universiti Stanford, California sebagai mahasiswa kedoktoran (PhD).
  • Pada 4 September 1998, syarikat Google ditubuhkan dengan nama Google Inc. di Menlo Park.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi pelajar-pelajar SM. Sains  Tengku Muhammad Faris Petra adalah seperti di bawah:-

Menengah Atas:

  • Tingkatan 4: Bermula pada 23 Mei 2010.
  • Tingkatan 5: Bermula pada 20 Mei 2010.

Menengah Rendah:

  • Tingkatan 1 – 3: Bermula 30 Mei 2010.

Pesan cikgu semoga semua pelajar membuat persiapan awal dan jadikan peperiksaan ini sebagai pengukur kejayaan anda pada masa hadapan.

Kata adjektif (KA) ialah golongan kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu benda atau peristiwa.

Contoh kata adjektif (KA) ialah sedap, manis, besar, pintar, laju, tinggi, hebat, bulat, sayang, merah, jarang, cermat dan lain-lain.

Terdapat 5 cara untuk kita mengenal kata adjektif (KA), iaitu:-

  1. KA dapat digunakan bersama-sama kata penguat [ sangat besar, amat baik, begitu pintar, tegas sekali…. ]
  2. KA dapat disertai dengan imbuhan ‘ter’ dan ‘se’ [ terbesar, sebesar, terkuat, sekuat, terbaru, sebaru … ]
  3. KA hadir selepas kata nama [ meja bulat, rumah besar, sekolah lama, kayu bengkok, baju buruk … ]
  4. Menggunakan kata nafi tidak [ tidak besar, tidak bulat, tidak lama, tidak pintar, tidak baru … ]
  5. KA dapat diulang dengan imbuhan ‘se’ dan ‘nya’ [ sebesar-besarnya, sepandai-pandainya, selama-lamanya, sebaru-barunya … ]

PERINGATAN KATA ADJEKTIF:-

  • KA yang digandakan membawa maksud jamak

  1. bulat-bulat = banyak yang bulat
  2. pandai-pandai = banyak yang pandai
  3. tua-tua = banyak yang tua
  • KA yang disertai imbuhan awalan berangkap, tidak lagi boleh menerima imbuhan akhiran ‘kan’ atau ‘i’

Bil

Betul

Salah

1.

2.

3.

memperindah

diperlebar

memperbaik, membaiki

memperindahkan, memperindahi

diperlebarkan, diperlebari

memperbaiki, diperbaiki

Info: Penjenayah ICT…?

PHISHING:-

  • Proses yang tidak bermoral (aktiviti jenayah) bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi penting pengguna komputer.
  • Proses yang biasa dilakukan adalah dengan cuba memancing pengguna internet untuk mendapatkan kata laluan bagi akaun bank atau kad kredit melalui komunikasi elektronik.
  • Langkah biasa yang dilakukan adalah dengan menggunakan perantaraan e-mel untuk membawa pengguna ke laman palsu yang kelihatan tulen.
  • Pengguna perlu berhati-hati apabila membuat pembayaran dengan kad kredit atau debit secara dalam talian.

MALWARE:-

  • Singkatan kepada perkataan malicious software iaitu perisian yang dicipta untuk menyelinap masuk ke dalam sistem komputer tanpa pengetahuan pengguna.
  • Antara contoh malware termasuklah virus komputer, cecacing, trojan horses, spyware, adware yang berniat buruk.
  • Malware merupakan cara paling biasa penjenayah mendapatkan maklumat pengguna menerusi e-mel dan world wide web (www)


Majlis Graduasi pelajar SPM 2009 SMS. Tengku Muhammad Faris Petra akan berlangsung pada tarikh 5 Mei 2010 di Dewan Gemilang. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan akan berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.

Kepada para pelajar SPM 2009 sila hubungi urus setia Majlis Graduasi bagi mendapat maklumat terkini serta tindakan yang patut diambil.

Raptai Majlis Graduasi akan diadakan pada pagi Selasa, 4 April 2010, jam 9.00 pagi.

Sekian,

Makluman penulis.

Foto sekitar Majlis Graduasi 2009


TEMA:

  • Aktiviti luar bilik darjah / aktiviti kokurikulum

TUGASAN:

  • Faedah-faedah yang diperoleh melalui aktiviti perkhemahan

CONTOH PENDAHULUAN:

(AR) Aktiviti kokurikulum yang pelbagai kini semakin diminati oleh golongan pelajar terutamanya aktiviti yang mampu mencabar kemampuan dan kreativiti mereka. (AH) Hal ini agak selari dengan sifat semula jadi seseorang remaja yang memang dahagakan cabaran dan pengalaman baru yang lebih unik. Aktiviti perkhemahan misalnya, jika dirancangkan dengan betul dan rapi, sudah pasti akan mampu menjana pelbagai faedah kepada mereka yang terlibat. (UBI) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. (AA) Pelbagai faedah yang akan diperoleh melalui penganjuran aktiviti perkhemahan.

Catatan:

  • AR = Ayat rangsangan ( ayat berkaitan tema )
  • AH = Ayat huraian
  • AA = Ayat arahan ( ayat berkaitan tugasan / kehendak soalan )
  • UBI = Ungkapan bahasa indah

PLOT

  • Pengenalan:

  1. ~ Raja Zainu’l Muluk menjadi buta menyebabkan anak-anaknya keluar istana mencari penawar untuk menyembuhkannya kecuali Taju’l Muluk.
  • Perkembangan:

  1. ~ Taju’l Muluk memohon keluar untuk mencari bunga bakawali daripada ayah dan bondanya apabila saudara-saudaranya tidak pulang.
  2. ~ Taju’l Muluk menghambakan dirinya kepada amir dan belajar bermain catur sehingga mahir dan dapat mengalahkan seluruh pemain catur yang handal di dalam negeri.
  3. ~ Taju’l Muluk memperdaya penghulu mahligai dan berjaya mengetahui rahsia bagaimana Puteri Jenuh Hati hebat bermain catur.
  4. ~ Taju’l Muluk ke mahligai Puteri Jenuh Hati dan mengajaknya bermain catur.
  5. ~ Taju’l Muluk berjaya mengalahkan Puteri itu dan menyebabkan beliau habis hartanya kerana kalah bertaruh. Puteri Jenuh Hati akhirnya menjadi hamba Taju’l Muluk.
  • Perumitan:
  1. ~ Taju’l Muluk meneruskan pengembaraan mencari bakawali.
  2. ~ Taju’l Muluk terserempak dengan raksasa dan bernasib baik kerana tidak dimakan oleh raksasa itu sebaliknya Taju’l Muluk dijadikan anak angkat raksasa itu.
  3. ~ Taju’l Muluk telah menjamu raksasa itu dengan roti dan kebab daging. Raksasa itu memanggil raksasa lain dan memberitahu hajat Taju’l Muluk.
  4. ~ Taju’l Muluk diutuskan oleh raksasa bersama-sama sepucuk surat kepada Dewi Hamalah iaitu ketua dua belas ribu raksasa yang menjaga Taman Bakawali.
  • Peleraian:
  1. ~ Dewi Hamalah begitu gembira apabila bertemu dengannya dan mengahwinkan Taju’l Muluk dengan anak angkatnya Dewi Mahmudah.

Kata Pemeri:

Mengesan kesalahan penggunaan kata pemeri dalam ayat.

  1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Graduasi ditangguhkan kerana beberapa masalah.
  2. Ketidakhadirannya ke sekolah pada pagi ini adalah disebabkan oleh masalah pengangkutan.
  3. Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran yang paling saya minati.
  4. Lelaki yang gemuk itu adalah bapanya.
  5. Buku novel ini ialah daripada datuknya.
  6. Latihan intensif yang dilaksanakan itu ialah untuk persiapan bagi kejohanan hoki antara juara sekolah kebangsaan.